rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER +FOLLOW
Owner


안영하세요 ! you have entered the memories land. Do navigate around and leave your messages in my cbox. Thank you. 안영 !


Tagboard


Family


[[CHANGE TO YOUR FOLLOWER WIDGET]]

Wishlist !!

wish1
wish2
wish3
wish4

D' Credits
Perasaan vs Manusia
Saturday 1 October 2016 • 09:44 • 0 comments
assalamualaikum dan salam ukhwah fillah saya ucapkan buat pembaca yang setia membaca blog saya yang sudah lama menyepi ini. Sekian maafkan saya kerana lama menyepi tanpa khabar dan berita. Selepas bergelar mahasiswi di sebuah kolej, jadual harian dipenuhi dengan aktiviti kelas, belajar, dan lain-lain. Tipu lah kalau saya cakap yang saya ni tak ada masa sampaikan tak boleh nak post satu pun benda dekat blog, tapi saya banyak habiskan masa dengan mengejar itu ini, sehinggakan tiada masa untuk saya bersama dengan diri saya.

Jika kita bercakap tentang masa dengan diri, untuk beberapa jam, tidak mampu kita luangkan. Ada dua cara untuk kita luangkan masa dengan diri iaitu secara jasmani dan rohani. Secara jasmani macam kita ambil masa untuk rehatkan badan macam tidur, berjalan, duduk, dan lain-lain. Secara rohani pula macam solat, berzikir (beribadat), dan lain-lain.

Ya, demikianlah cara orang yang ingin meluangkan masa dengan diri dia sendiri. Pernah tak sekali, semasa kita tengah sibuk buat kerja, kita terfikir untuk pergi bercuti?  You know? Macam on the spot planning nak pergi jalan. Pernah tak? Atau pernah tak korang nak pergi pantai sebab nak menjerit and lepaskan semua yang terbuku dalam hati korang?? Pernah tak?

Jika ditanya soalan ni pada saya, jawapan nya ialah yes. Absolutely yes.  Lately ni saya diuji dengan ujian yang tidak berat tapi masih boleh menanggung. Memang betul lah apa yang orang kata, pedih apabila kita cuba membalut luka yang dalam. Kita cuba menjadi seorang yang  tersenyum di khalayak ramai, membuat lawak supaya orang gelak dan ceria, kita cuba menjadi seorang yang menjadi tempat untuk orang lain bergantung berkongsi cerita suka duka, kita cuba untuk menjadi orang yang paling kuat depan mereka semua. Tapi bila kita tengok cermin, kita tatap mata kita dalam-dalam apa yang kita Nampak??

Kita Nampak siapa diri kita. Kita Nampak duka yang kita simpan sampai bernanah di dalam hati. Kita Nampak airmata yang sudah lama bertakung dalam jiwa kita. Kita Nampak luka yang terlorek di dalam hati kita. Hanya kita yang tahu. Hanya kita yang dapat rasa semua tu. Kita yang setiap malam menangis. Menangis sebab kenangkan balik masa lalu kita. Kita sedih sebab benda tu berlaku pada diri kita. Kita seringkali tertanya “ kenapa aku??”, jawapan sudah terjawab menerusi ayat suci Al-Quran, penawar bagi segala hati. hanya tinggal cari dan baca sahaja pengisian ayat tersebut.

Perasaan saya ketika ini seperti tengah berjalan di tengah-tengah padang rumput yang luas. Berbumbungkan awan yang putih dan langit yang biru, berlantaikan rumput yang hijau yang segar lagi lembut.  Berjalan  tanpa ada arah tuju yang tetap. Tidak risau dan tidak juga bertanya. Memandang ke langit sambil menitikkan beberapa butir permata jenih ke pipi. Memandang tetapi masih tiada persoalan yang terdetik di hati. Berseorang di tengah padang yang luas, tidak dahaga dan tidak lapar. Berjalan hanya berpandukan pada gerak kaki. Jika kaki mahu berhenti, maka berhentilah. jika kaki mahu berjalan, maka berjalan lah.


 Berani menunjukkan diri ini bahawa tiada masalah, gembira, bahagia, harmoni, disayangi tetapi menyorok disebalik bayang-bayang sendiri. Kita seringkali menolak tepi perasaan kita sehinggakan orang berani pijak, buang, tending, sepak sana sini perasaan kita. Malah ada orang memperlekehkan kita. Dianggap seorang yang bodoh lagi dungu. Diri dianggap hina dina tidak layak didampinggi. Sampai detik ini, selepas tersenyum, ketawa, bergembira menghiburkan orang disekeliling, hati merasa ada ruang yang kosong. Kadang-kadang ada satu masa kita tiba-tiba rasa nak nangis tanpa ada sebab. Orang tak tahu. Orang tak akan cuba faham kita. Orang Cuma nak kita faham dia. Orang Cuma nak kita ada dengan mereka waktu suka dan duka. Orang Cuma nak kita gembirakan mereka dengan lawak-lawak kita. Orang Cuma nak kita selesaikan masalah mereka. Itu yang mereka nak. Kita pula?

      Kita tak putus-putus berfikir nak kongsi atau tak masalah kita? Seba apa kita fikir dulu? Sebab kita takut kalau-kalau orang tu ada masalah yang dia perlu selesaikan, orang tu tengah sedih dengan sesuatu, kita takut orang tu tak ada masa nak dengar masalah kita, kita takut kalau kawan kita sibuk dengan diri mereka, dan kita takut kalau masalah kita tu bagi beban untuk dia.

      See? Kita sentiasa fikir tentang orang. Sebab tu setiap orang, ada cara untuk meluangkan masa untuk diri dia sendiri. Kadang kala kita tak perlukan diri orang lain untuk bantu kita luangkan masa untuk diri kita sendiri. Setiap orang ada dilema hidup yang terpaksa kita tempuh sendiri.  Kita sendiri yang menggerakkan langkah kaki kita ni. Orang lain cuma jadi macam rumput yang hijau. Duduk, berdiri melihat kita bergerak. Memang ada kawan yang suka stick forever dengan kita. Tapi sampai mana sebenarnya? Masa mula? Masa pertengahan? Atau masa akhir sahaja? Atau masa mula sampai tengah sahaja? Ke dari mula sampai akhir?

      Dalam hidup ni 10 orang yang stick berkawan sampai akhir ni. Cuma 100:1 sahaja. Dalam 100 orang, Cuma seorang sahaja yang perangai macam tu. Cuba kita check balik kawan yang kita ada sekarang. Berapa butir kawan yang ada perangai macam ni? 1? 2?  Atau tak ada??

                
      Orang cakap hidup ni ibarat pentas dunia. Banyak persoalan dan permasalahan. Banyak jenis manusia yang kita akan jumpa. Banyak masalah yang akan timbul sepanjang pentas itu bermula  dalam keadaan  kita sedar atau tak sedar. Apa yang kita perlu buat ialah teruskan melangkah. Kita menyangka bahawa kita seorang diri, tapi sebenarnya Allah SWT sentiasa bersama kita, sentiasa Memerhatikan kita, sentiasa Membantu kita.  Jadi ikut pada anda bagaimana cara anda mengorak langkah. Tapi pastikan walauapapun yang berlaku, teruskan berjalan dan sentiasa luangkan masa untuk diri sendiri.

      Make yourself comfort and happy. People will keep come and go in your life, but life must go on. Its not people who make a decision for you, but you’re the one who make a move for yourself. So pick which one do you prefer to be? Always make yourself happy in any way in your life. Even it is small and looks nothing to someone else, but actually it is look something, that is precious for yourself, for your memory. So be someone that enjoy their own life, YOU OWN YOUR OWN LIFE. Be wise and have fun. That’s all from me. Thanks for willing to read all my post, and I hope you can be a person that you really wanted  to be. 

Assalamualaikum and Salam Ukhuwah Fillah.


PAST