rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER +FOLLOW
Owner


안영하세요 ! you have entered the memories land. Do navigate around and leave your messages in my cbox. Thank you. 안영 !


Tagboard


Family


[[CHANGE TO YOUR FOLLOWER WIDGET]]

Wishlist !!

wish1
wish2
wish3
wish4

D' Credits
Nurkilan Buat Sahabat
Sunday 25 January 2015 • 05:31 • 0 comments
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

salam ku ukirkan buat sahabat-sahabat yang sentiasa ana rindui. ana harap walaupun kita tidak pernah bertemu tetapi nama kita sentiasa disebut-sebut di dalam doa . In Shaa Allah.

pernah tak antum terfikir hubungan SAHABAT ini sepatutnya sampai mana?? adakah sahabat ini berguna waktu kita sakit? atau mungkin waktu kita senang/gembira? atau adakah sahabat ini mungkin ada waktu kita hilang arah atau tersasar daripada jalan menuju kepada Pencipta kita?

setiap kali , bila ana bertemu dengan sahabat atau berkumpul dengan sahabat ana yang lain, ana sentiasa melihat wajah kegembiraan mereka. ana rasa gembira kerana ana sentiasa merindui mereka. selepas ana bergelar pelajar ipt ini, masa untuk bertemu dengan sahabat yang lama sudah menjadi sedikit sempit. kerana ana sendiri sibuk dengan assignment, mereka juga sama. ana belajar jauh daripada mereka, dan ana rasa mereka juga sama. sahabat ana yang bernama yasmin kini belajar di uitm melaka, sahabat ana yang bernama shawana kini belajar di unisza,terengganu. dan ana sendiri hazirah , belajar di Kipsas, pahang.

buat pembaca yang ana hormati, sahabat ini bukan sahaja tempat untuk suka sahaja, malah sahabat ini adalah tempat untuk kita berkongsi duka. ana rasa sebak ketika ingin menaip warkah ini kerana saat ini ana rasa sangat rindu buat mereka. walaupun zaman sekarang pelbagai media sosial yang boleh mendekatkan hati-hati ini, tetapi ada sahaja yang membuatkan kami sibuk sehingga lupa untuk bertegur sapa dengan sahabat yang lain. Masya Allah, rasa sangat-sangat sedih saat ni. kita sibuk untuk menjaga pointer, diri, tapi kita tak jaga hubungan dengan kawan atau sahabat

wahai sahabat yang anak kasihi, ana pernah terbaca warkah daripada insan yang kerdil iaitu doa mengenai sahabat.doanya berbunyi . . .

"Ya Allah, tika ini hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang aku rasakan saat ini. Ya Allah, aku amat merindui sahabat-sahabatku yang kini jauh melebarkan sayap semata-mata untuk meraih ilmu dariMu. Ya Allah, jika saat ini sahabat-sahabatku sedang berduka, maka Engkau ambillah kegebiraanku ini dan Engkau berikan kepada sahabat-sahabatku. jika tika ini sahabat-sahabatku sedang sakit, Engkau berikanlah kesihatan diriku ini buat mereka.jika saat ini mereka sedang merinduiku, Engkau detikakan di dalam hati mereka bahawa aku juga merindui mereka. Aamin Ya Rabb". 

insan tersebut pernah berkata, 

"ana mendoakan mereka sebegitu kerana ana tiada duit untuk beri kepada meraka. ana tiada harta untuk dibahagikan kepada meraka. ana juga bukan 100% akan sentiasa bersama dengan mereka kerana tiada manusia yang dapat tahu bila, dimana, bagaimana mereka dijemput oleh Malaikat Maut. Ana mendoakan mereka kerana ana tahu dan ana yakin bahawa Allah SWT sentiasa berada dekat dengan mereka dan hanya Allah SWT yang lebih Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati-hati mereka.semoga mereka berada dibawah LindunganNya. In Shaa Allah.Aamin."

ana mengambil contoh daripada insan ini kerana memang benar. jika kita jauh daripada sahabat-sahabat kita, apa yang mendekatkan kita ialah titipan DOA kita buat mereka.

wahai sahabat yang kini berada jauh dari mata, ana berharap agar antum mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat. ana juga berharap agar diri antum terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak baik. ana harap warkah kali ini sedikit sebanyak dapat membuka hati-hati yang sedang membaca ini agar mengasihi sahabat-sahabat yang ada diluar sana. tidak salah kita mempunyai sahabat yang berlainan jantina tetapi, kita kena jaga ikhtilat. itu yang penting. sahabat-sahabat juga, ikhtilat wajib jaga.

oh ya. sebagai penutup kepada warkah ini, ana ingin menyampaikan sebuah wadah daripada hati. In Shaa Allah. ana berharap agar antum semua dapat menjiwai wadah ini. In Shaa Allah.

kehadapan sahabat-sahabat yang ana kasihi.
jika satu saat nanti antum tidak melihat ana berada di syurga bersama kalian, ana berharap agar antum mencari ana di neraka. capailah tangan ini keluar daripada seburuk-buruk tempat kembali itu. ana berharap agar, jika ana sudah tiada di muka bumi ini, janganlah kalian lekang mendoakan ana. setiasalah menyebut-nyebut ana di dalam doa kalian. In Shaa Allah.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



PASTFUTURE