rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER +FOLLOW
Owner


안영하세요 ! you have entered the memories land. Do navigate around and leave your messages in my cbox. Thank you. 안영 !


Tagboard


Family


[[CHANGE TO YOUR FOLLOWER WIDGET]]

Wishlist !!

wish1
wish2
wish3
wish4

D' Credits
bidadari syurga :)
Saturday 24 January 2015 • 01:52 • 0 comments
  اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sedang membaca warkah ini. semoga antum dan antunna sentiasa ada di bawah LindunganNa. In Shaa Allah. Aamin.

sudah lama saya tidak menulis apa-apa warkah buat kalian. Aasif ya akhi wal ukhti. ana harap terubat rasa rindu itu setelah membaca warkah ini. In Shaa Allah, jika kita merindui seseorang yang jauh daripada mata tetapi sentiasa diingati, apa yang mendekatkan mereka ialah DOA. doa bukan sahaja senjata orang islam/mukmin, tetapi ia juga boleh mendekatkan hati-hati yang jauh daripada kita. In Shaa Allah.


pertama sekali, ana mahu bertanya. ana cuma antum dan antunna mengambil sedikit masa untuk mentela'ah diri. sampai saat ini , kalian sedang memikirkan siapa dan apa ? adakah antum sedang memikirkan siapa bakal zauj'ah atau duit atau kerja sekolah/assignment atau kalian sedang fikir pasal ummah?


wahai jiwa yang suci, ana bertanya kerana ana berasa sedikit sedih melihat ummah saat ini . pelbagai kejadian yang terjadi ,yakni ujian buat umat islam. walaupun ana tidak melakukannya, sedikit sebanyak, pasti akan  tercalit sedikit pada diri ini.dengan ini ana mengambil keputusan,untuk post kali ini, ana ingin memberikan sedikit peringatan dan motivasi buat muslimah yang ada di luar sana. buat muslimah yang terbaca warkah ini, digalakkan supaya menyebarkan ia ke muslimah yang berada di luar sana. semoga setiap ilmu yang kita kongsikan akan mendapat saham di akhirat kelak. In Shaa Allah.


wahai bidadari syurga, pada zaman jahiliah dulu, wanita ini dikatakan sesuatu "benda" yang memalukan keluarga bahkan dianggap aib bagi keluarga. jika seorang ibu melahirkan anak perempuan, anak tersebut akan ditanam hidup-hidup. tetapi datangnya Islam, martabat seorang perempuan diangkat tinggi. Melihat pada konteks kehidupan yang serba canggih sekarang,selpas li maza ya ukhti ? kita menjatuhkan martabat kita? 


wahai mawar berduri, ana sedih. sedih sesedihnya melihat muslimah sekarang. jika ana diberikan kekuatan untuk menyebut satu persatu masalah muslimat sekarang, sudah pasti tidak cukup walaupun diberi 1 hari untuk menyatakan masalah kaum hawa ketika ini. masalah yang pertama mengenai aurat. aurat bagi seseorang muslimah ialah semua kecuali tapak tangan dan muka. islam tidak melarang kita, kaum hawa, untuk berhias diri tetapi perhiasan yang kita terlalu melebih-lebih. jika kita pakai pelbagai perhiasan, lepastu jalan dekat depan ajnabi, boleh tak antum memberi  saya satu janji bahawa TAK AKAN ada sesiapa yang melihat antum??  saya berkata berdasarkan apa yang saya lihat. itu baru sikit, belum lagi masalah pakai tudung tapi macam pakai tudung salji, singkat. kain tudung tu boleh nampak leher, rambut. pakai tudung tapi ada bonggol. pakai tudung tapi rambut depan terjelir keluar.  adakah itu cara pemakaian yang mengikut syariat islam? itu baru je sebut pasal tudung, belum sebut pasal pakaian lagi.


wahai kaum hawa, kita ni diberi kebebasan di dalam berfashion tetapi mesti berlandaskan syariat islam. pakaian haruslah tidak ketat, jarang, singkat, mendedahkan sebahagian tempat yang menjadi aurat bagi kita , seperti siku, bahu, lutut dan sebagainya. 


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Ibnu Jarir At Thobari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami'Al Bayan fi Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang dimaksudkan “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami' li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” - HR Abi Dawud

jadi ana berharap agar antum semua memperoleh ilmu semasa membaca warkh ini. lkongsikan ilmu ini kepada saudara yang terdekat. jangan kedekut ilmu! jadikan ia aset dan pelaburan kita buat akhirat kelak. In Shaa Allah . 


akhir kalam, semoga kita sama-sama menjadi muslimah sejati, wardatul syauqah, dan bidadari syurga. In Shaa Allah .Aamin ya Rabb.


 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




PASTFUTURE