rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER +FOLLOW
Owner


안영하세요 ! you have entered the memories land. Do navigate around and leave your messages in my cbox. Thank you. 안영 !


Tagboard


Family


[[CHANGE TO YOUR FOLLOWER WIDGET]]

Wishlist !!

wish1
wish2
wish3
wish4

D' Credits
ummi,thanks for everything.i love you so much.
Saturday 10 May 2014 • 20:13 • 0 comments
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua . syukur kepada ALLAH SWT kerana masih beri masa dan nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia ini . Alhamdulillah .

sebak hati bila terfikir pasal ibu . terlalu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada saya dan adik-beradik. Sejak dari kandungan sehingga kami sudah dewasa . kalau nak cerita pasal ibu ni,sampai bila-bila tak tercerita kerana banyak sangat malah setiap masa dia berkorban untuk kita.

Bila saya duduk termenung , saya terfikir pasal kanak2 di negara yang sedang bergolak spt Gaza,Palestin.cara mereka melepaskan kerinduan untuk kedua ibu bapa mereka ialah dengan memeluk baju milik ibu bapa mereka . terlalu banyak airmata mencurah sehinggakan Baju itu basah . bayangkan , kanak2 yang berumur 5 tahun bertanya pada kakak/abang dia mengenai ibu dia, “abang/kakak, ibu mana ? adik lama tak jumpa ibu.adik rindu ibu.adik nak jumpa ibu.abang/kakak bawa lah adik jumpa ibu.” Jawapan apa yang sesuai nak jawab. Abang/kakak hanya mengalirkan airmata sambil memeluk adik mereka. Jauh berbeza dengan kita . segelintir kita sanggup membuang ibu di tepi jalan , menghantar ibu ke rumah orang tua , dan yang menyedihkan tidak mengaku ibu .

Saya masih ingat satu peristiwa yang saya akan ingat sampai bila-bila.semasa sekolah saya ada menganjurkan kem jati diri,sekolah saya menganjurkan program bersama anak-anak yatim di sebuah tempat di sekitar Kuantan,Pahang.  Masuk sahaja di perkarangan rumah tersebut, kami disambut oleh sekumpulan anak-anak kecil sebagai penyambut tetamu. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Kami dijemput untuk masuk ke dalam rumah mereka. Rumah tersebut pada saya kecil tetapi disitulah tempat mereka berteduh dan makan.mereka tak minta wang sebagai barang yang boleh mengembirakan hati mereka tetapi mereka mahukan perhatian daripada kita . saya didekati dengan seorang kanak-kanak kecil yang berumur 6 tahun . mereka sangat peramah . pada mulanya saya terkejut kerana kanak-kanak tersebut mendekati saya dan terus duduk di atas riba saya . kanak2 tu terus genggam tangan saya .

Saat adik tu pegang erat tangan saya , saya dapat merasa aura kerinduan dalam diri mereka . airmata mula mengalir membasahi pipi . melihat sahaja airmata jatuh di atas tangan,adik tersebut bertanya pada saya “akak , kenapa akak nangis ? saya berat sangat ke? “ sambil tangannya mengelap airmata saya . makin sebak hati bila adik tu cakap “akak jangan nangis.kalau akak nangis nanti akak x cantik”. Bayangkan adik yang hanya berumur setahun jagung sudah pandai berkata seperti itu . saat itu saya tersedar tentang bertapa ni’mat mendekati diri dengan anak2 yatim . mereka kehilangan ibu/bapa mereka sawaktu mereka masih kecil.bayangkan kalau itu terjadi pada kita . syukur kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan segelintir manusia hati nurani sehingga sanggup membela nasib anak-anak yatim . hanya ALLAH SWT yang tahu betapa cekalnya hati mereka merawat,menjaga dan mencurahkan segala kasih sayang buat mereka . sehinggakan mereka menganggap anak2 yatim itu sebagai anak kandung mereka sendiri. Semoga ALLAH SWT mengurniakan syurga buat mereka yang menjaga anak2 yatim ini. IN SHAA ALLAH .

Sebagai penutup kepada cerita ini , saya inggin menyeru semua pembaca untuk menyayangi kedua ibu bapa kita . rawat dan jagalah manusia yang mulia itu. Bila meraka tua , mereka tak memerlukan wang untuk menggembirakan hati mereka , tetapi mereka memerlukan anak2 mereka di sisi mereka . sedarlah wahai sauaraku , saat engkau kehilangan kasih salah seorang dari kedua ibu bapamu atau engkau kehilangan kasih kedua-duanya, engkau takkan dapat kasih sayang sayang sama daripada orang lain yang ada di sisi mu. Kasih sayang ibu dan ayah selamanya akan bersama dengan kita . selepas solat , jangan lupa doakan kesejahteraan buat meraka . mohon supaya ALLAH SWT mengampuni  segala dosa yang telah meraka lakukan dan masukkan mereka ke dalam syurga tanpa di hisab.

Semoga cerita saya di atas dapat mengerakkan hati para pembaca supaya menyayangi kedua ibu bapa kalian .IN SHAA ALLAH .segala yang baik datang daripada ALLAH SWT dan segala kekurangan dan kehinaan datang daripaa saya sendiri .bagi mengakhiri penulisan saya pada hari ni,saya akhiri dengan kalam yang mulia


ASSALAMU’ALAIKUM  WARAHMATULLAHI  WABARAKATUH  :’)



PASTFUTURE