rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER +FOLLOW
Owner


안영하세요 ! you have entered the memories land. Do navigate around and leave your messages in my cbox. Thank you. 안영 !


Tagboard


Family


[[CHANGE TO YOUR FOLLOWER WIDGET]]

Wishlist !!

wish1
wish2
wish3
wish4

D' Credits
Perasaan vs Manusia
Saturday 1 October 2016 • 09:44 • 0 comments
assalamualaikum dan salam ukhwah fillah saya ucapkan buat pembaca yang setia membaca blog saya yang sudah lama menyepi ini. Sekian maafkan saya kerana lama menyepi tanpa khabar dan berita. Selepas bergelar mahasiswi di sebuah kolej, jadual harian dipenuhi dengan aktiviti kelas, belajar, dan lain-lain. Tipu lah kalau saya cakap yang saya ni tak ada masa sampaikan tak boleh nak post satu pun benda dekat blog, tapi saya banyak habiskan masa dengan mengejar itu ini, sehinggakan tiada masa untuk saya bersama dengan diri saya.

Jika kita bercakap tentang masa dengan diri, untuk beberapa jam, tidak mampu kita luangkan. Ada dua cara untuk kita luangkan masa dengan diri iaitu secara jasmani dan rohani. Secara jasmani macam kita ambil masa untuk rehatkan badan macam tidur, berjalan, duduk, dan lain-lain. Secara rohani pula macam solat, berzikir (beribadat), dan lain-lain.

Ya, demikianlah cara orang yang ingin meluangkan masa dengan diri dia sendiri. Pernah tak sekali, semasa kita tengah sibuk buat kerja, kita terfikir untuk pergi bercuti?  You know? Macam on the spot planning nak pergi jalan. Pernah tak? Atau pernah tak korang nak pergi pantai sebab nak menjerit and lepaskan semua yang terbuku dalam hati korang?? Pernah tak?

Jika ditanya soalan ni pada saya, jawapan nya ialah yes. Absolutely yes.  Lately ni saya diuji dengan ujian yang tidak berat tapi masih boleh menanggung. Memang betul lah apa yang orang kata, pedih apabila kita cuba membalut luka yang dalam. Kita cuba menjadi seorang yang  tersenyum di khalayak ramai, membuat lawak supaya orang gelak dan ceria, kita cuba menjadi seorang yang menjadi tempat untuk orang lain bergantung berkongsi cerita suka duka, kita cuba untuk menjadi orang yang paling kuat depan mereka semua. Tapi bila kita tengok cermin, kita tatap mata kita dalam-dalam apa yang kita Nampak??

Kita Nampak siapa diri kita. Kita Nampak duka yang kita simpan sampai bernanah di dalam hati. Kita Nampak airmata yang sudah lama bertakung dalam jiwa kita. Kita Nampak luka yang terlorek di dalam hati kita. Hanya kita yang tahu. Hanya kita yang dapat rasa semua tu. Kita yang setiap malam menangis. Menangis sebab kenangkan balik masa lalu kita. Kita sedih sebab benda tu berlaku pada diri kita. Kita seringkali tertanya “ kenapa aku??”, jawapan sudah terjawab menerusi ayat suci Al-Quran, penawar bagi segala hati. hanya tinggal cari dan baca sahaja pengisian ayat tersebut.

Perasaan saya ketika ini seperti tengah berjalan di tengah-tengah padang rumput yang luas. Berbumbungkan awan yang putih dan langit yang biru, berlantaikan rumput yang hijau yang segar lagi lembut.  Berjalan  tanpa ada arah tuju yang tetap. Tidak risau dan tidak juga bertanya. Memandang ke langit sambil menitikkan beberapa butir permata jenih ke pipi. Memandang tetapi masih tiada persoalan yang terdetik di hati. Berseorang di tengah padang yang luas, tidak dahaga dan tidak lapar. Berjalan hanya berpandukan pada gerak kaki. Jika kaki mahu berhenti, maka berhentilah. jika kaki mahu berjalan, maka berjalan lah.


 Berani menunjukkan diri ini bahawa tiada masalah, gembira, bahagia, harmoni, disayangi tetapi menyorok disebalik bayang-bayang sendiri. Kita seringkali menolak tepi perasaan kita sehinggakan orang berani pijak, buang, tending, sepak sana sini perasaan kita. Malah ada orang memperlekehkan kita. Dianggap seorang yang bodoh lagi dungu. Diri dianggap hina dina tidak layak didampinggi. Sampai detik ini, selepas tersenyum, ketawa, bergembira menghiburkan orang disekeliling, hati merasa ada ruang yang kosong. Kadang-kadang ada satu masa kita tiba-tiba rasa nak nangis tanpa ada sebab. Orang tak tahu. Orang tak akan cuba faham kita. Orang Cuma nak kita faham dia. Orang Cuma nak kita ada dengan mereka waktu suka dan duka. Orang Cuma nak kita gembirakan mereka dengan lawak-lawak kita. Orang Cuma nak kita selesaikan masalah mereka. Itu yang mereka nak. Kita pula?

      Kita tak putus-putus berfikir nak kongsi atau tak masalah kita? Seba apa kita fikir dulu? Sebab kita takut kalau-kalau orang tu ada masalah yang dia perlu selesaikan, orang tu tengah sedih dengan sesuatu, kita takut orang tu tak ada masa nak dengar masalah kita, kita takut kalau kawan kita sibuk dengan diri mereka, dan kita takut kalau masalah kita tu bagi beban untuk dia.

      See? Kita sentiasa fikir tentang orang. Sebab tu setiap orang, ada cara untuk meluangkan masa untuk diri dia sendiri. Kadang kala kita tak perlukan diri orang lain untuk bantu kita luangkan masa untuk diri kita sendiri. Setiap orang ada dilema hidup yang terpaksa kita tempuh sendiri.  Kita sendiri yang menggerakkan langkah kaki kita ni. Orang lain cuma jadi macam rumput yang hijau. Duduk, berdiri melihat kita bergerak. Memang ada kawan yang suka stick forever dengan kita. Tapi sampai mana sebenarnya? Masa mula? Masa pertengahan? Atau masa akhir sahaja? Atau masa mula sampai tengah sahaja? Ke dari mula sampai akhir?

      Dalam hidup ni 10 orang yang stick berkawan sampai akhir ni. Cuma 100:1 sahaja. Dalam 100 orang, Cuma seorang sahaja yang perangai macam tu. Cuba kita check balik kawan yang kita ada sekarang. Berapa butir kawan yang ada perangai macam ni? 1? 2?  Atau tak ada??

                
      Orang cakap hidup ni ibarat pentas dunia. Banyak persoalan dan permasalahan. Banyak jenis manusia yang kita akan jumpa. Banyak masalah yang akan timbul sepanjang pentas itu bermula  dalam keadaan  kita sedar atau tak sedar. Apa yang kita perlu buat ialah teruskan melangkah. Kita menyangka bahawa kita seorang diri, tapi sebenarnya Allah SWT sentiasa bersama kita, sentiasa Memerhatikan kita, sentiasa Membantu kita.  Jadi ikut pada anda bagaimana cara anda mengorak langkah. Tapi pastikan walauapapun yang berlaku, teruskan berjalan dan sentiasa luangkan masa untuk diri sendiri.

      Make yourself comfort and happy. People will keep come and go in your life, but life must go on. Its not people who make a decision for you, but you’re the one who make a move for yourself. So pick which one do you prefer to be? Always make yourself happy in any way in your life. Even it is small and looks nothing to someone else, but actually it is look something, that is precious for yourself, for your memory. So be someone that enjoy their own life, YOU OWN YOUR OWN LIFE. Be wise and have fun. That’s all from me. Thanks for willing to read all my post, and I hope you can be a person that you really wanted  to be. 

Assalamualaikum and Salam Ukhuwah Fillah.

Nurkilan Buat Sahabat
Sunday 25 January 2015 • 05:31 • 0 comments
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

salam ku ukirkan buat sahabat-sahabat yang sentiasa ana rindui. ana harap walaupun kita tidak pernah bertemu tetapi nama kita sentiasa disebut-sebut di dalam doa . In Shaa Allah.

pernah tak antum terfikir hubungan SAHABAT ini sepatutnya sampai mana?? adakah sahabat ini berguna waktu kita sakit? atau mungkin waktu kita senang/gembira? atau adakah sahabat ini mungkin ada waktu kita hilang arah atau tersasar daripada jalan menuju kepada Pencipta kita?

setiap kali , bila ana bertemu dengan sahabat atau berkumpul dengan sahabat ana yang lain, ana sentiasa melihat wajah kegembiraan mereka. ana rasa gembira kerana ana sentiasa merindui mereka. selepas ana bergelar pelajar ipt ini, masa untuk bertemu dengan sahabat yang lama sudah menjadi sedikit sempit. kerana ana sendiri sibuk dengan assignment, mereka juga sama. ana belajar jauh daripada mereka, dan ana rasa mereka juga sama. sahabat ana yang bernama yasmin kini belajar di uitm melaka, sahabat ana yang bernama shawana kini belajar di unisza,terengganu. dan ana sendiri hazirah , belajar di Kipsas, pahang.

buat pembaca yang ana hormati, sahabat ini bukan sahaja tempat untuk suka sahaja, malah sahabat ini adalah tempat untuk kita berkongsi duka. ana rasa sebak ketika ingin menaip warkah ini kerana saat ini ana rasa sangat rindu buat mereka. walaupun zaman sekarang pelbagai media sosial yang boleh mendekatkan hati-hati ini, tetapi ada sahaja yang membuatkan kami sibuk sehingga lupa untuk bertegur sapa dengan sahabat yang lain. Masya Allah, rasa sangat-sangat sedih saat ni. kita sibuk untuk menjaga pointer, diri, tapi kita tak jaga hubungan dengan kawan atau sahabat

wahai sahabat yang anak kasihi, ana pernah terbaca warkah daripada insan yang kerdil iaitu doa mengenai sahabat.doanya berbunyi . . .

"Ya Allah, tika ini hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang aku rasakan saat ini. Ya Allah, aku amat merindui sahabat-sahabatku yang kini jauh melebarkan sayap semata-mata untuk meraih ilmu dariMu. Ya Allah, jika saat ini sahabat-sahabatku sedang berduka, maka Engkau ambillah kegebiraanku ini dan Engkau berikan kepada sahabat-sahabatku. jika tika ini sahabat-sahabatku sedang sakit, Engkau berikanlah kesihatan diriku ini buat mereka.jika saat ini mereka sedang merinduiku, Engkau detikakan di dalam hati mereka bahawa aku juga merindui mereka. Aamin Ya Rabb". 

insan tersebut pernah berkata, 

"ana mendoakan mereka sebegitu kerana ana tiada duit untuk beri kepada meraka. ana tiada harta untuk dibahagikan kepada meraka. ana juga bukan 100% akan sentiasa bersama dengan mereka kerana tiada manusia yang dapat tahu bila, dimana, bagaimana mereka dijemput oleh Malaikat Maut. Ana mendoakan mereka kerana ana tahu dan ana yakin bahawa Allah SWT sentiasa berada dekat dengan mereka dan hanya Allah SWT yang lebih Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati-hati mereka.semoga mereka berada dibawah LindunganNya. In Shaa Allah.Aamin."

ana mengambil contoh daripada insan ini kerana memang benar. jika kita jauh daripada sahabat-sahabat kita, apa yang mendekatkan kita ialah titipan DOA kita buat mereka.

wahai sahabat yang kini berada jauh dari mata, ana berharap agar antum mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat. ana juga berharap agar diri antum terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak baik. ana harap warkah kali ini sedikit sebanyak dapat membuka hati-hati yang sedang membaca ini agar mengasihi sahabat-sahabat yang ada diluar sana. tidak salah kita mempunyai sahabat yang berlainan jantina tetapi, kita kena jaga ikhtilat. itu yang penting. sahabat-sahabat juga, ikhtilat wajib jaga.

oh ya. sebagai penutup kepada warkah ini, ana ingin menyampaikan sebuah wadah daripada hati. In Shaa Allah. ana berharap agar antum semua dapat menjiwai wadah ini. In Shaa Allah.

kehadapan sahabat-sahabat yang ana kasihi.
jika satu saat nanti antum tidak melihat ana berada di syurga bersama kalian, ana berharap agar antum mencari ana di neraka. capailah tangan ini keluar daripada seburuk-buruk tempat kembali itu. ana berharap agar, jika ana sudah tiada di muka bumi ini, janganlah kalian lekang mendoakan ana. setiasalah menyebut-nyebut ana di dalam doa kalian. In Shaa Allah.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


bidadari syurga :)
Saturday 24 January 2015 • 01:52 • 0 comments
  اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sedang membaca warkah ini. semoga antum dan antunna sentiasa ada di bawah LindunganNa. In Shaa Allah. Aamin.

sudah lama saya tidak menulis apa-apa warkah buat kalian. Aasif ya akhi wal ukhti. ana harap terubat rasa rindu itu setelah membaca warkah ini. In Shaa Allah, jika kita merindui seseorang yang jauh daripada mata tetapi sentiasa diingati, apa yang mendekatkan mereka ialah DOA. doa bukan sahaja senjata orang islam/mukmin, tetapi ia juga boleh mendekatkan hati-hati yang jauh daripada kita. In Shaa Allah.


pertama sekali, ana mahu bertanya. ana cuma antum dan antunna mengambil sedikit masa untuk mentela'ah diri. sampai saat ini , kalian sedang memikirkan siapa dan apa ? adakah antum sedang memikirkan siapa bakal zauj'ah atau duit atau kerja sekolah/assignment atau kalian sedang fikir pasal ummah?


wahai jiwa yang suci, ana bertanya kerana ana berasa sedikit sedih melihat ummah saat ini . pelbagai kejadian yang terjadi ,yakni ujian buat umat islam. walaupun ana tidak melakukannya, sedikit sebanyak, pasti akan  tercalit sedikit pada diri ini.dengan ini ana mengambil keputusan,untuk post kali ini, ana ingin memberikan sedikit peringatan dan motivasi buat muslimah yang ada di luar sana. buat muslimah yang terbaca warkah ini, digalakkan supaya menyebarkan ia ke muslimah yang berada di luar sana. semoga setiap ilmu yang kita kongsikan akan mendapat saham di akhirat kelak. In Shaa Allah.


wahai bidadari syurga, pada zaman jahiliah dulu, wanita ini dikatakan sesuatu "benda" yang memalukan keluarga bahkan dianggap aib bagi keluarga. jika seorang ibu melahirkan anak perempuan, anak tersebut akan ditanam hidup-hidup. tetapi datangnya Islam, martabat seorang perempuan diangkat tinggi. Melihat pada konteks kehidupan yang serba canggih sekarang,selpas li maza ya ukhti ? kita menjatuhkan martabat kita? 


wahai mawar berduri, ana sedih. sedih sesedihnya melihat muslimah sekarang. jika ana diberikan kekuatan untuk menyebut satu persatu masalah muslimat sekarang, sudah pasti tidak cukup walaupun diberi 1 hari untuk menyatakan masalah kaum hawa ketika ini. masalah yang pertama mengenai aurat. aurat bagi seseorang muslimah ialah semua kecuali tapak tangan dan muka. islam tidak melarang kita, kaum hawa, untuk berhias diri tetapi perhiasan yang kita terlalu melebih-lebih. jika kita pakai pelbagai perhiasan, lepastu jalan dekat depan ajnabi, boleh tak antum memberi  saya satu janji bahawa TAK AKAN ada sesiapa yang melihat antum??  saya berkata berdasarkan apa yang saya lihat. itu baru sikit, belum lagi masalah pakai tudung tapi macam pakai tudung salji, singkat. kain tudung tu boleh nampak leher, rambut. pakai tudung tapi ada bonggol. pakai tudung tapi rambut depan terjelir keluar.  adakah itu cara pemakaian yang mengikut syariat islam? itu baru je sebut pasal tudung, belum sebut pasal pakaian lagi.


wahai kaum hawa, kita ni diberi kebebasan di dalam berfashion tetapi mesti berlandaskan syariat islam. pakaian haruslah tidak ketat, jarang, singkat, mendedahkan sebahagian tempat yang menjadi aurat bagi kita , seperti siku, bahu, lutut dan sebagainya. 


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Ibnu Jarir At Thobari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami'Al Bayan fi Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang dimaksudkan “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami' li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” - HR Abi Dawud

jadi ana berharap agar antum semua memperoleh ilmu semasa membaca warkh ini. lkongsikan ilmu ini kepada saudara yang terdekat. jangan kedekut ilmu! jadikan ia aset dan pelaburan kita buat akhirat kelak. In Shaa Allah . 


akhir kalam, semoga kita sama-sama menjadi muslimah sejati, wardatul syauqah, dan bidadari syurga. In Shaa Allah .Aamin ya Rabb.


 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



ummi,thanks for everything.i love you so much.
Saturday 10 May 2014 • 20:13 • 0 comments
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua . syukur kepada ALLAH SWT kerana masih beri masa dan nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia ini . Alhamdulillah .

sebak hati bila terfikir pasal ibu . terlalu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada saya dan adik-beradik. Sejak dari kandungan sehingga kami sudah dewasa . kalau nak cerita pasal ibu ni,sampai bila-bila tak tercerita kerana banyak sangat malah setiap masa dia berkorban untuk kita.

Bila saya duduk termenung , saya terfikir pasal kanak2 di negara yang sedang bergolak spt Gaza,Palestin.cara mereka melepaskan kerinduan untuk kedua ibu bapa mereka ialah dengan memeluk baju milik ibu bapa mereka . terlalu banyak airmata mencurah sehinggakan Baju itu basah . bayangkan , kanak2 yang berumur 5 tahun bertanya pada kakak/abang dia mengenai ibu dia, “abang/kakak, ibu mana ? adik lama tak jumpa ibu.adik rindu ibu.adik nak jumpa ibu.abang/kakak bawa lah adik jumpa ibu.” Jawapan apa yang sesuai nak jawab. Abang/kakak hanya mengalirkan airmata sambil memeluk adik mereka. Jauh berbeza dengan kita . segelintir kita sanggup membuang ibu di tepi jalan , menghantar ibu ke rumah orang tua , dan yang menyedihkan tidak mengaku ibu .

Saya masih ingat satu peristiwa yang saya akan ingat sampai bila-bila.semasa sekolah saya ada menganjurkan kem jati diri,sekolah saya menganjurkan program bersama anak-anak yatim di sebuah tempat di sekitar Kuantan,Pahang.  Masuk sahaja di perkarangan rumah tersebut, kami disambut oleh sekumpulan anak-anak kecil sebagai penyambut tetamu. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Kami dijemput untuk masuk ke dalam rumah mereka. Rumah tersebut pada saya kecil tetapi disitulah tempat mereka berteduh dan makan.mereka tak minta wang sebagai barang yang boleh mengembirakan hati mereka tetapi mereka mahukan perhatian daripada kita . saya didekati dengan seorang kanak-kanak kecil yang berumur 6 tahun . mereka sangat peramah . pada mulanya saya terkejut kerana kanak-kanak tersebut mendekati saya dan terus duduk di atas riba saya . kanak2 tu terus genggam tangan saya .

Saat adik tu pegang erat tangan saya , saya dapat merasa aura kerinduan dalam diri mereka . airmata mula mengalir membasahi pipi . melihat sahaja airmata jatuh di atas tangan,adik tersebut bertanya pada saya “akak , kenapa akak nangis ? saya berat sangat ke? “ sambil tangannya mengelap airmata saya . makin sebak hati bila adik tu cakap “akak jangan nangis.kalau akak nangis nanti akak x cantik”. Bayangkan adik yang hanya berumur setahun jagung sudah pandai berkata seperti itu . saat itu saya tersedar tentang bertapa ni’mat mendekati diri dengan anak2 yatim . mereka kehilangan ibu/bapa mereka sawaktu mereka masih kecil.bayangkan kalau itu terjadi pada kita . syukur kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan segelintir manusia hati nurani sehingga sanggup membela nasib anak-anak yatim . hanya ALLAH SWT yang tahu betapa cekalnya hati mereka merawat,menjaga dan mencurahkan segala kasih sayang buat mereka . sehinggakan mereka menganggap anak2 yatim itu sebagai anak kandung mereka sendiri. Semoga ALLAH SWT mengurniakan syurga buat mereka yang menjaga anak2 yatim ini. IN SHAA ALLAH .

Sebagai penutup kepada cerita ini , saya inggin menyeru semua pembaca untuk menyayangi kedua ibu bapa kita . rawat dan jagalah manusia yang mulia itu. Bila meraka tua , mereka tak memerlukan wang untuk menggembirakan hati mereka , tetapi mereka memerlukan anak2 mereka di sisi mereka . sedarlah wahai sauaraku , saat engkau kehilangan kasih salah seorang dari kedua ibu bapamu atau engkau kehilangan kasih kedua-duanya, engkau takkan dapat kasih sayang sayang sama daripada orang lain yang ada di sisi mu. Kasih sayang ibu dan ayah selamanya akan bersama dengan kita . selepas solat , jangan lupa doakan kesejahteraan buat meraka . mohon supaya ALLAH SWT mengampuni  segala dosa yang telah meraka lakukan dan masukkan mereka ke dalam syurga tanpa di hisab.

Semoga cerita saya di atas dapat mengerakkan hati para pembaca supaya menyayangi kedua ibu bapa kalian .IN SHAA ALLAH .segala yang baik datang daripada ALLAH SWT dan segala kekurangan dan kehinaan datang daripaa saya sendiri .bagi mengakhiri penulisan saya pada hari ni,saya akhiri dengan kalam yang mulia


ASSALAMU’ALAIKUM  WARAHMATULLAHI  WABARAKATUH  :’)


Masalah , OH ! Masalah :((
Tuesday 8 April 2014 • 12:09 • 0 comments
 assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca . 

semua manusia mempunyai masalah dengan diri mereka dan orang sekeliling mereka. . . . dan di setiap masalah yang menimpa mesti ada JALAN KELUARNYA. Semoga ALLAH SWT memandu akar iman dan akal kita . In Shaa Allah . 

apa yang buat kita mempunyai masalah ialah bila kita terlalu memikirkan masalah itu sehinggakan masalah itu kita sendiri anggap ia adalah sebuah MASALAH YANG SANGAT SERIOUS. jujur saya cakap saya merupaka salah seorang mangsa kepada keadaan di atas . saya tak pandai nak MELEPASKAN masalah itu . saya akan ingat , ingat dan terus ingat sehingga kadang kala saya rasa masalah itu takkan selesai sampai bila-bila. kadang kala saya terpaksa MENITIKKAN AIRMATA supaya hati saya tenang . saya cuba meminta bantuan kawan-kawan , berhasil tetapi hanya sementara . cara saya nak tenangkan diri saya bila masalah itu tiba-tiba Pop Out dalam minda , saya akan buka lagu nasyid , lagu biasa ,dan bacaan ayat Suci Al-Quran . 

saya bukan jenis manusia yang suka cerita masalah dekat orang lain . bila saya dengan sahabat atau dengan ahli keluarga ,saya seorang yang periang . tapi bila saya dengan diri saya , saya seorang yang menyendiri , pendiam dan kadang kala saya memberontak dengan diri saya . saya jadi marah dengan diri sendiri kerana tak dapat nak kawal masalah saya sendiri . kadang-kadang saya terlalu MEMANDANG RENDAH PADA DIRI SENDIRI . tak kira dalam bidang apa sekali pun . dalam pelajaran , sukan , pergaulan dengan sahabat , dengan ahli keluarga dan juga dengan rang ramai . saya suka pendam apa yang saya rasa . itu yang buat saya memberontak dengan diri saya sendiri . 

saya tak tahu nak cerita kepada siapa dan bagaimana nak cerita masalah dengan sahabat saya . tapi Alhamdulillah saya bersahabat dengan 2 orang ukhti iaitu ukhti shawana dan ukhti yasmin yang sering mendengar masalah yang datang dari saya . setap kali saya mempunyai masalah saya cuba bercerita dengan mereka dan mereka juga begitu . itulah guna SAHABAT . diwaktu susah , ada disisi. diwaktu senang sentiasa menemani . bukan mudah nak cari sahabat begini pada zaman sekarang . waktu suka , duka ditanggung bersama . malah saya tidak menganggap mereka ni cuma sahabat , tetapi saya sudah menganggap mereka sebagai adik-beradik saya . dulu saya tiada tempat nak luahkan rasa yag terpendam dalam hati dengan sesiapa , tetapi sekarang saya sudah ada tempat untuk meluahkan rasa yang terpendam sekian lama dalam hati . tidak semua masalah kita dapat selesaikan dengan diri kita sendiri , kadang kala perlu bantuan ORANG TERDEKAT  seperti ibu bapa kita , adik-beradik kita , sahabat andai kita , opah dan atuk kita dan kalau boleh rakan-rakan taulan . 

tetapi tempat yang terbaik untuk kita luahkan perasaan kita ialah pada Pencipta kita iaitu Allah SWT . semasa kita sedang sujud kepada Nya , ambilah sedikit masa untuk berdoa atau meluahkan perasaan . INGAT ! Allah SWT MAHA MENDENGAR . bila kita bergantung harap kepada Allah SWT , segala masalah yang kita hadapi akan dipermudahkan . itu untungnya bila kita beragama Islam . kita percaya kepada Pertolongan daripada Allah SWT dan disetiap masalah pasti akan dipermudahkan . 

baiklah , smpai disini sahaja POST yang saya nak kongsikan bersama anda semua . kalau ada kesempatan masa saya akan post lagi banyak benda menarik . In Shaa Allah . kepada yang nak kongsikan masalah anda dengan saya , saya alu-alukan . boleh hantar email kepada saya di IraDomo@gmail.com atau boleh DM saya di Twitter . ingat Allah SWT sewaktu kita senang , Allah SWT akan ingat kita sewaktu kita susah . 

Assalamualaikum . #AllahMahaBesar 

KISAH MAKCIK YANG TERKEPIK DENGAN PINTU LIF MEGAMALL KUANTAN , PAHANG
Friday 21 March 2014 • 19:57 • 0 comments
 assalamualaikum dan selamat pagi buat semua yang sedang membaca ni, btw today saya ada satu story yang nak kongsikan bersama anda. tajuk cerita nya "MAKCIK YANG TERKEPIK DENGAN PINTU LIF DI MEGAMALL KUANTAN , PAHANG". bunyi memang pelik and terlalu panjang . jadi disini saya nak ringkaskan .

 semalam saya , yasmin dan shawana berjalan di MEGAMALL, KUANTAN, PAHANG. then, kami plan nak tengok wayang dekat sana . kita orang check showtime pukul brape . pukul 2.20 baru ada crita yg kami nak tengok . sementara nak menunggu show tu ada , kita orang plan nak turun dulu . then ada SEGROUP MINAH YANG KERJA DEKAT PARKSON YANG MENJELMAKAN DIRI . masa nak masuk lif tu , saya baru nak pusing nak tekat botton lif tu tiba2 terdengar satu suara SUMBANG yang cakap 'AADUUH!". makcik tu kena kepik dengan pintu lif. .lepas dengar uh,cepat-cepat pusing. tengok2 MAKCIK PARKSON yang jerit . MASUK je dalam lif tu, makcik tu berbunyi dekat saya "DASAR TAK ADA HATI PERUT" . Tuhan sahaja yang tahu apa peasaan saya masa tu . keluar dari lif  "ADA MINAH KERJA PARKSON SEGENG DENGAN MAKCIK PARKSON " tu pulak yang berbunyi "TERIMA KASIH SEBAB MEMBANTU" . 

 mood semalam terganggu disebabkan MAKCIK PARKSON MEGAMALL KUANTAN DAN MINAH PARKSON MEGAMALL KUANTAN YANG BAJET NAK JADI GENGSTER . KEPADA MAKCIK YANG KENA KEPIK DENGAN PINTU LIF TU, SAYA ADA PERKARA NAK CAKAP KAT MAKCIK:
1)KALAU SAYA TAK ADA HATI PERUT ,SAYA TAK AKAN TEKAN BUTANG PINTU LIF TU .
2)MAKCIK PATUTNYA RASA BERSYUKUR SEBAB SAYA MINTA MAAF DENGAN MAKCIK.
3)KEPADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DI MEGAMALL , KUANTAN ,PAHANG . MOHON BUAT SENSOR LIF, TAKUT2 NANTI MAKCIK PARKSON TU KENA KEPIK DENGAN PINTU LIF SETIAP KALI DIA NAIK LIF . DAN MOHON JASA BAIK PIHAK TUAN , TOLONG SURUH PIHAK PARKSON TITIK BERATKAN PASAL "ETIKA BILA BERCAKAP" , SEBAB PADA SAYA MAKCIK PARKSON DAN MINAH PARKSON BAJET GENGSTER TU BERSIKAP AGAK KURANG AJAR. INI TERJADI PADA SAYA SEMALAM , 21/03/2014 HARI JUMAAT . SAYA HARAP KEJADIAN MACAM NI TAK AKAN BERAKU DEKAT ORANG LAIN . KALAU KENA ORANG MACAM SAYA TAK APA LAH. KALAU KENA PADA ORANG YANG JENIS KECOH-KECOH,TAK TAHU LAH APA YANG TERJADI DEKAT MAKCIK PARKSON DAM MINAH PARKSON YANG BAJET GENGSTER. MACAM TU KE PEKERJA PARKSON ???? KALAU "TAK" ,TOLONG BUKTIKAN YA ? :) 

SAYA TAK MAHU MARAH DEKAT MAKCIK SEBAB MAKCIK TUA DARI SAYA . SAYA MINTA MAAF KALAU MAKCIK TERKEPIK DENGAN PINTU LIF TU DISEBABKAN SAYA . 
  
sekian , assalamualaikum . 

Sweet Mindy Monday 9/12/13
Sunday 8 December 2013 • 20:41 • 0 comments
  Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sedang membaca post ini . Alhamdulillah , syukur kerana masih ada kesempatan masa dan masih "nyawa dikandung badan" , saya dapat menulis lagi di blog saya ni . Terima kasih , Ya Allah kerana masih memberi kesempatan dan waktu untuk aku melihat dan bernafas di bumi-Mu ini .
  Semalam saya mendapat 2 pertanyaan daripada salah seorang dari kalangan manusia Terima kasih kerana sudi melihat blog yag se-simple ini .Kamsa Hamida . Soalannya ialah : "Assalamualaikum,awak seorang sahaja kah yang menerajui blog "ConvolvulusViolet" , dan sebab ?? dan kenapa nama Convolvulus Violet ? boleh ceritakan di post awak yang seterusnya ??
  Jawapan bagi soalan yang pertama : ya , saya seorang yang menerajui blog ini sebab saya rasa lebih baik kalau saya tak berkongsi blog ini dengan orang lain. lagipun kesian kat korang . nanti bercelaru sebab banyak admin nya . 
 Jawapan bagi soalan yang kedua : saya ambil nama "Convolvulus" sempena nama bunga . kalau korang "berminat" nak tahu , bunga KEGEMARAN saya ialan Convolvulus yang berwarna violet . bila saya lihat bunga tu , hati saya jadi tenang . saya bercita-cita untuk menanam pokok bunga itu di tingkap rumah saya , supaya pokok bunga tu sentiasa bersinari seperti sinar mentari yang cerah .
 From Wiki :
  Convolvulus /kənˈvɒlvjuːləs/ is a genus of about 200 to 250 species of flowering plants in the bindweed family Convolvulaceae, with acosmopolitan distribution. Common names include bindweed and morning glory, both names shared with other closely related genera.
They are annual or perennial herbaceous vinesbines and (a few species of) woody shrubs, growing to 0.3–3 m tall. The leaves are spirally arranged, and the flowers trumpet-shaped, mostly white or pink, but blue, violet, purple or yellow in some species.
Many of the species are problematic weeds, which can swamp other more valuable plants by climbing over them, but some are also cultivated for their attractive flowers. Some species are globally threatened.
Convolvulus species are used as food plants by the larvae of some Lepidoptera species, including the sweet potato leaf miner (Bedellia somnulentella) and The Gem. The leaf miner Bucculatrix cantabricella feeds exclusively on C. cantabricus.
species :


PAST